/, News, Suria/Pusat jagaan pelajar ke-30 kendalian 4 badan bantu diri dilancarkan

Pusat jagaan pelajar ke-30 kendalian 4 badan bantu diri dilancarkan

SINGAPURA: Sebuah syarikat gabungan antara empat badan bantu diri setempat berjaya menubuhkan 30 pusat jagaan pelajar.

Ia bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeluruh serta membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Siang tadi (18 Feb), ia menyambut ulang tahunnya yang kelima serta pembukaan Pusat Jagaan Pelajar Big Heart yang ke-30 di Sekolah Rendah Zhangde.

Seramai 4,200 pelajar sudah mendaftar di 30 pusat-pusat jagaan sedemikian.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli serta para wakil dari empat badan bantu diri – MENDAKI, CDAC, SINDA dan Persatuan Serani – hadir bagi meraikan ulang tahun syarikat gabungan itu.

Lebih daripada 1,300 pelajar menerima manfaat daripada skim Bantuan Kewangan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA).

“Anak-anak yang habis sekolah sebaiknya dijaga dengan rapi. Tapi kadang-kadang ibu bapa tidak dapat menjaganya dan di sini kita menyediakan khidmat untuk penjagaan anak-anak sekolah setelah habis sekolah.

“MENDAKI dan juga SINDA juga CDAC dan EA telah bergabung tenaga untuk mewujudkan 30 pusat selama 5 tahun ini. Banyak sekali program-program yang dijalankan termasuk yang memperkayakan minda mereka dalam segi sains dan sebagainya,” kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli.

– Suria

2021-07-08T11:23:41+00:00February 19th, 2021|Media Reports, News, Suria|0 Comments